Lelaki Cuba Terjun Pangsapuri Diselamatkan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Jabatan Bomba dan Penyelamat menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan duduk di satu sudut di tingkat lapan pangsapuri.

Lelaki itu berjaya dipujuk selama lebih dua jam, Jumaat. 

Lelaki berusia 23 tahun itu dikatakan telah memanjat keluar dari tingkap bilik tidur di tingkat 11 Apartment Kenanga kira-kira pukul 9 pagi dan kemudian turun ke tingkat lapan dari bahagian luar bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Mohd Hisam Mat Yasih berkata lelaki itu kemudian cuba memanjat kembali ke tingkapnya tetapi tidak berjaya kerana terlalu letih.

Dia duduk di atas tembok batu di bahagian atas tingkap berhampiran penghawa dingin apabila penduduk menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

"Kami tiba kira-kira pukul 9.42 pagi dan cuba memujuknya, tetapi dia tidak bekerjasama. Dia tidak meminta atau berkata apa-apa, tetapi ada membincangkan tentang keluarganya dengan kami," kata Mohd Hisam.

Mohd Hisam berkata, lelaki itu telah menjerit kepada pegawai-pegawai dan mengugut untuk melompat setiap kali mereka cuba mendekatinya kira-kira jam 11 pagi.

"Kami hanya melakukan apa yang boleh untuk menenangkannya, kami berikan rokok, bercakap dengannya dan hanya bergerak lebih dekat dengannya. Kemudian apabila cukup rapat, salah seorang daripada kami menangkapnya dan mengajak dia masuk melalui tingkap," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan