Lima Anggota ATM Antara Ditahan Polis Berkaitan IS

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 9:12 AM

hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa lima anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan antara yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan IS dua hari lepas.

Sehubungan itu, ATM menyerahkan sepenuhnya kepada Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman untuk menjalankan siasatan.

Hishammuddin bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lima anggota berkenaan bagi mengelakkan siasatan terjejas, dan hanya berkata mereka terdiri daripada anggota berpangkat rendah.

"Lima anggota ATM itu telah digantung tugas serta merta. Ini bermakna setakat hari ini, 11 anggota tentera telah ditahan (kerana disyaki ada kaitan) dengan IS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis menahan 10 warga tempatan termasuk enam anggota pasukan keselamatan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan IS dalam operasi serentak di Kuala Lumpur dan lima negeri pada Rabu lepas.

Hishammuddin berkata walaupun penglibatan anggota tentera dengan kegiatan kumpulan IS tidak terlalu serius namun ATM telah mengambil langkah proaktif menghalang gerakan dari luar negara itu daripada menular di Malaysia.

"Ini merupakan fenomena yang kita kawal rapi dan kita bekerjasama rapat dengan agensi-agensi risik di seluruh dunia kerana tidak ada negara yang terkecuali daripada sentuhan IS ini," katanya.

Beliau berkata ATM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan IS.

"Dalam ASEAN, saya mempengerusikan mesyuarat menteri-menteri pertahanan telah membuat pendirian yang bulat tidak sekali-kali menyokong atau membenarkan IS menular di rantau kita. Setiap negara akan mengambil tindakan masing-masing agar IS tidak bertapak di sini," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata pihaknya mengikuti rapat perkembangan insiden pengeboman di Bangkok, Thailand pada Isnin lepas, untuk mengetahui adakah insiden itu memberi risiko kepada Malaysia.

Beliau telah dimaklumkan oleh rakan sejawatannya bahawa sebarang maklumat yang telah disahkan berkaitan kejadian berkenaan akan dipanjangkan kepada pihak Malaysia.

Dalam kejadian letupan bom di persimpangan Ratchaprasong berdekatan Kuil Erawan dan pusat membeli belah di Bangkok pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin lepas, lima rakyat Malaysia terkorban dan tiga lagi cedera.

Mereka antara 20 orang yang maut dan 123 yang cedera akibat letupan bom itu, satu daripada kes keganasan paling buruk di Bangkok dalam tempoh beberapa bulan lepas.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan