Polis Siasat Dakwaan Anggotanya Tidak Beri Bantuan Kes Pecah Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang pemilik laman sosial Facebook kononnya anggota polis tidak mengambil perhatian terhadap aduannya bahawa rumahnya dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, beliau melihat kes itu sebagai serius dan telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Khamis, seorang pemilik laman Facebook memuat naik status menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila anggota polis di Balai Polis Gita tidak memberi perhatian terhadap aduannya.

Anggota polis yang menjawab panggilan telefon mangsa berkata tempat tinggalnya berada di kawasan Matang dan bukan di bawah pentadbiran balai berkenaan.

Roslan Bek berkata Balai Polis Gita berada dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, manakala lokasi mangsa itu berada di bawah pentadbiran IPD Padawan.

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada pemilik laman sosial tersebut dan anggota di balai berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: pecah rumah , Roslan Bek Ahmad

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan