Ibu Lapor Anak Dirotan Kerana Gagal Jawab Soalan Guru

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 5:15 PM

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Ibu kepada seorang murid tahun enam di sini membuat laporan polis bahawa anaknya telah dirotan sehingga lebam dan berbirat kerana gagal menjawab soalan yang ditanya gurunya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, laporan dibuat pada  Rabu lepas kerana ibu berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit.

"Siasatan awal mendapati terdapat kesan pukulan rotan di lengan kiri, kanan serta belakang badan murid tersebut.

"Kami telah memanggil guru terbabit untuk diambil keterangannya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak polis masih menunggu laporan perubatan daripada Hospital Jempol dan kes disiasat kerana mendatangkan kecederaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: rotan , Jempol

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan