10 Suspek Militan IS Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 8:53 PM

Anggota Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman menahan suspek terlibat aktiviti militan IS pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sepuluh individu termasuk enam anggota pasukan keselamatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS).

Suspek terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu ditahan Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman di enam lokasi berasingan dalam operasi serentak di Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua suspek disyaki terlibat dalam aktiviti mempromosi militan IS serta mengumpul dana bagi membantu kumpulan berkenaan.

"Mereka juga disyaki mengatur pemergian rakyat Malaysia untuk menyertai IS serta merancang membeli senjata api bagi tujuan melancarkan serangan di Malaysia.

"Mereka juga membantu membawa masuk suspek IS yang kembali dari Syria, merekrut rakyat Malaysia menyertai IS dan menyembunyikan maklumat berhubung aktiviti IS di negara ini," katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - kesalahan yang berkaitan keganasan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574).

"Mereka akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Tags / Kata Kunci: Militan IS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan