Warga Asing Ditemui Mati Dibunuh

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Mayat lelaki warga asing dipercayai dibunuh ditemui dalam kawasan belukar di Jalan Parit Keroma di sini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata hasil penemuan mayat dipercayai warga Bangladesh berumur lingkungan 30an pada kira-kira pukul 4.30 petang itu, polis telah menahan tiga lelaki berumur antara 20an dan 40an di sebuah asrama pekerja asing di kawasan sekitar bagi membantu siasatan.

"Polis turut melakukan operasi khas bagi mengesan suspek dan telah menahan 20 lelaki warga asing yang lain di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan.

"Kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan punca sebenar kematian mangsa dan anggaran waktu kejadian berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Azman berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain, sebelum mayatnya dibuang ke kawasan belukar di situ.

Katanya mayat itu ditemui penduduk kampung dalam keadaan terbaring dengan tangannya terikat di belakang sebelum memaklumkan kepada polis.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan kami juga tidak  menemui sebarang kesan luka atau tikaman di tubuh mangsa. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Pakar Fatimah Sultanah (HPSF) di sini untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berlaku kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Bunuh , Mati , Warga Asing , Muar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan