Anggota Polis Cedera Dalam Ops Samseng Jalanan

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 3:10 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Seorang penunggang motosikal merempuh seorang anggota polis ketika cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Kinabenua di sini pada 17 Ogos.

Penganggur lelaki berumur 22 tahun itu kemudian ditahan, manakala anggota polis berkenaan patah tulang bahu dan buku lali dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bebuluh pada 3.30 petang itu.

Ketua Polis Labuan Supritendan Adzhar Othman berkata, suspek tidak mempunyai lesen memandu dan cukai motosikal yang ditunggangnya sudah tamat tempoh.

"Anak muda semakin agresif sekarang dan kami tidak boleh biarkan ini berterusan sehingga ia menjadi tidak terkawal," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Anggota polis terbabit dihantar ke Hospital Nukleus Labuan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

Sementara itu, Polis Labuan dan Polis Kepayan melancarkan Ops Samseng Jalanan di empat titik panas di sepanjang Jalan Kinabenua, Jalan Tun Mustapha, Jalan Pohon Batu dan berhampiran Kompleks Sukan Labuan.

Sekurang-kurangnya 27 motosikal dan sebuah kereta dirampas dalam operasi tiga hari itu yang bermula 15 Ogos.

Kami akan bertindak tegas untuk mengesan samseng jalanan dan operasi seperti ini akan terus diadakan. Kami ada strategi untuk membasmi lumba haram dan samseng jalan raya," katanya.

Bagaimanapun, kami ingin meminta orang ramai supaya tidak menjadikan isu ini suatu bahan viral kerana ia masih terkawal, apa yang kami cuba jelaskan di sini ialah lumba haram atau samseng jalan raya belum berleluasa di Labuan, katanya.

Adzhar berkata, polis juga menahan dua lelaki kerana memiliki syabu seberat 0.9 gram dan 14 lagi kerana memandu di bawah pengaruh alkohol serta melanggar had laju.

Kesemua mereka telah dihadapkan ke mahkamah," katanya.
Tags / Kata Kunci: Jalan Kinabenua , Adzhar Othman , Ops Samseng

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan