126 Kes Dera Kanak-Kanak Di Perak Januari-Jun 2015

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 126 kes dera kanak-kanak dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak bagi tempoh Januari hingga Jun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rusnah Kassim.

Beliau berkata jumlah itu bersamaan dengan 9.6 peratus daripada jumlah kes dera kanak-kanak di seluruh negara.

Sepanjang tahun lalu, jumlah kes dera yang dilaporkan jabatan itu adalah sebanyak 343 kes, katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN-Lubuk Merbau) berhubung jumlah kes penderaan kanak-kanak di Perak sepanjang tahun lalu dan tahun ini, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini, Rabu.

"Kerajaan khususnya JKM tidak pernah mengabaikan kes penderaan yang berlaku selain memberi perhatian kepada pelbagai faktor pendorong menyebabkan berlaku kes berkenaan," katanya.

Rusnah berkata, bagi menangani masalah berkenaan, JKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri (LPPKN) akan memperbanyakkan program advokasi kepada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Program itu bagi memberi penerangan mengenai peruntukan yang terdapat di dalam Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan kes penderaan dan hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku sekiranya disabitkan, katanya.

"Program ini dibuat dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (JKK) Daerah dan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Daerah (PPKK) dan agensi kerajaan yang lain melalui Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat Bijak Safe and Protect serta Jawatankuasa Pencegahan Pencegahan Penderaan Kanak-kanak dan Keganasan Rumah Tangga," katanya.

Katanya semua taska yang berdaftar di bawah JKM juga diwajibkan memasang kamera litar tertutup (CCTV), berkuat kuasa 8 Jun lepas.

Rusnah juga mencadangkan tindakan diambil terhadap pengusaha taska yang tidak berdaftar dengan JKM dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Malah perlu mewajibkan pengasuh Taska menghadiri kursus asas asuhan kanak-kanak yang dijalankan oleh agensi yang diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: JKM , Perak , Rusnah Kassim

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan