PPM Gagalkan Cubaan Seludup Masuk 15 Tan Sawit Ke Tawau

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup masuk 15 tan buah kelapa sawit bernilai RM6,000 menggunakan bot ke daerah ini, Isnin.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata berkata buah kelapa sawit itu dirampas dari sebuah bot jongkong yang datang dari negara jiran di perairan Sungai Melayu, dekat sini kira-kira pukul 6 pagi, Isnin.

"Anggota PPM yang menjalankan operasi di sekitar perairan itu melihat bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati bot berkenaan dimuatkan dengan buah kelapa sawit kira-kira 15 tan," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata juragan bot berusia 30 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membolehkan buah kelapa sawit itu dibawa masuk ke negara ini.

Mohamad berkata siasatan awal mendapati buah kelapa sawit itu dipercayai dibawa dari Indonesia untuk dipasarkan di daerah ini.



Tags / Kata Kunci: seludup , minyak sawit

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan