Polis Marin Rampas 2,600 Telur Penyu Seludup

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Sebanyak 2,600 telur penyu yang hendak diseludup ke daerah ini dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di pesisir pantai Kampung Forest dekat sini, Selasa.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata nilai rampasan telur penyu itu dianggarkan berjumlah RM3,120.

Katanya anggota PPM yang melakukan rondaan di kawasan itu pada pukul 4 pagi, mengesan dua lelaki menaiki sebuah bot pam memunggah barang ke pantai.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun melarikan diri dengan menggunakan bot pam tersebut sebaik menyedari kehadiran anggota PPM, katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad berkata hasil pemeriksaan menjumpai enam bungkus plastik hijau dan dua karung guni berisi telur penyu disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran gelap di daerah ini.

Katanya telur penyu tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Sandakan , Telur Penyu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan