Polis Rampas Dadah Bernilai RM120,000 Di Petaling Jaya

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 10:30 PM

Polis Selangor menahan seorang lelaki warga Nigeria serta merampas dadah jenis ganja dan syabu seberat 32.87 kilogram yang dianggarkan bernilai RM120,000 di Pangsapuri Mentari court, Petaling Jaya, Khamis lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Md Tahir Kasim (kanan) menunjukkan beg yang digunakan untuk mengisi ketulan dadah jenis ganja pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan seorang lelaki warga Nigeria serta merampas dadah jenis ganja dan syabu seberat 32.87 kilogram yang dianggarkan bernilai RM120,000 di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Md Tahir Kasim berkata dalam kejadian 7.30 malam itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan lelaki berusia 28 tahun itu yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan pangsapuri berkenaan.

"Sebelum ditahan, suspek membuang satu bungkusan plastik yang dibawa bersamanya ketika itu. Hasil siasatan mendapati bungkusan itu mengandungi ketulan ganja seberat kira-kira 120 gram.

"Polis turut menemui dua rangkai anak kunci bersama suspek dan selepas disoal siasat, lelaki itu kemudian membawa polis ke satu unit pangsapuri yang disewanya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Isnin.

Beliau berkata hasil pemeriksaan seterusnya, menemui 33 ketulan ganja seberat 32.42kg yang disembunyikan di dalam dua buah beg pakaian yang diletakkan dalam almari pakaian di sebuah bilik.

Md Tahir berkata susulan penemuan itu, suspek kemudian membawa polis ke unit kedua yang turut disewanya dan pemeriksaan ke atas unit terbabit membawa kepada penemuan satu bungkusan di ruang tamu.

Di dalam bungkusan itu, polis menjumpai 20 paket plastik berisi ganja seberat 220 gram berserta lima paket dadah jenis syabu seberat 110 gram.

Md Tahir berkata suspek yang masuk ke negara ini melalui visa pelajar ditahan reman bermula Khamis lepas sehingga 20 Ogos ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tags / Kata Kunci: syabu , ACP Md Tahir Kasim

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan