Wanita Dipercayai Alami Masalah Mental Bakar Diri

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai menghadapi masalah mental melecur 50 peratus di badannya setelah beliau bertindak membakar diri, selepas cuba merempuh pintu utama sebuah kompleks pejabat di Jalan Kerinci di sini, Jumaat.

Dalam kejadian 5.03 petang itu, wanita berusia 35 tahun berkenaan dikatakan berbuat demikian kerana menghadapi tekanan perasaan akibat diberhentikan kerja tahun lepas.

"Wanita itu bertindak menggunakan pemetik api untuk membakar bajunya sejurus keluar dari kereta selepas merempuh tangga pintu utama bangunan itu," kata Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor.

Beliau berkata, wanita terbabit yang sebelum ini bekerja di bahagian penyelidikan Teknologi Maklumat (IT) itu, disyaki berbuat demikian kerana tidak berpuas hati setelah diberhentikan kerja dan sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah atas kesalahan sivil.

"Mangsa berada dalam keadaan kritikal dan kini menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Sharul berkata, hasil pemeriksaan forensik bomba menemui tiga botol berisi petrol, sebuah tong gas dan dua kotak mercun dalam kereta mangsa.

Katanya, polis telah menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan anggota keluarga mangsa dan mendapat rekod psikatri daripada sebuah hospital dekat sini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan