Anggota Kanan Pengganas LTTE Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 7:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota kanan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) ditahan di Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan lelaki warga Sri Lanka dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur itu dilakukan oleh Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman.

Menurut Khalid, suspek berusia 37 tahun itu memasuki negara ini pada Disember 2012 menggunakan pas lawatan sosial.

"Siasatan awal mendapati suspek menjadikan Malaysia sebagai tempat persembunyian dan terlibat dalam aktiviti memeras ugut warga senegaranya di Malaysia untuk mendapatkan dana bagi menghidupkan kembali perjuangan pengganas LTTE di Sri Lanka.

"Hasil soal siasat, suspek juga mengaku pernah terlibat dalam sindiket pemalsuan kad kredit di Malaysia yang didalangi oleh beberapa warga asing," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khalid berkata, suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana menetap di negara ini lebih masa. 

"Suspek telah diusir ke negara asal pada Jumaat untuk tindakan susulan pihak berkuasa Sri Lanka," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan