Seorang Maut, Bas Kilang Jatuh Cerun

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah bas kilang di kawasan perumahan dekat sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata insiden tersebut berlaku di Jalan Gaya 11, Taman Gaya di sini kira-kira pukul 9.15 pagi Jumaat.

Bas kilang tersebut terjatuh ke kawasan cerun bukit di sebelah jalan dan menyebabkan kesesakan sehingga 2 kilometer pada waktu puncak.

Ini berikutan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan itu.

Mangsa yang maut disahkan sebagai isteri guru besar SJKC Plentong, Peh Han Kee.

Peh, 58, juga mengalami kecederaan dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala anak perempuan serta anak saudaranya yang berada dalam kenderaan tersebut bersama mereka tidak cedera.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Mayat mangsa turut dihantar ke hospital tersebut untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: maut , bas kilang , kemalangan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan