Tiga Ditahan Ugut Sebar Gambar, Video Seks Mangsa Rompakan

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Selepas melakukan aktiviti pecah rumah, sekumpulan perompak cuba memeras wang selepas melihat gambar dan video seks mangsa dalam komputer riba yang dicuri.

Walau bagaimanapun, cubaan memeras ugut itu memakan diri apabila polis menahan mereka.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata, seorang wanita berusia 24 tahun yang pangsapurinya dipecah masuk pada 24 Jun telah menerima panggilan daripada seorang lelaki menyatakan bahawa mereka mempunyai gambar dan video seksnya.

Dia mendakwa bahawa lelaki itu meminta wang RM1,500 jika dia tidak mahu video dan gambar-gambarnya tersebar di media sosial.

"Berikutan laporan yang dibuat oleh wanita itu pada 6 Ogos, tiga penagih dadah berusia antara 31 dan 46 tahun ditahan dua hari kemudian", kata Chandra, Rabu.

Tags / Kata Kunci: peras ugut , gambar seks

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan