Lelaki Hilang Ketika Mencari Siput

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 4:20 PM

Pasukan bomba dan penduduk kampung dalam operasi mencari seorang lelaki yang hilang ketika mencari siput dekat Rantau Panjang di Klang.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang lelaki dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah semasa mencari siput dekat perkampungan nelayan di Jalan Genting, Rantau Panjang di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menggerakkan dua pasukan mencari dan menyelamat bersama penduduk kampung bagi mengesan Azhar Muhamad, 45.

Azhar dilihat kali terakhir memakai baju kemeja-T biru, seluar biru gelap dan but kuning sebelum pergi mencari siput dengan membawa beg kanvas putih.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa pergi pada kira-kira pukul 7 malam selepas meminum teh di sebuah kedai berdekatan pada Isnin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan