Pesara Guru Maut Akibat Tembakan Jarak Jauh

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 7:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara guru maut dipercayai terkena tembakan dari jarak jauh dalam kejadian di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin di sini pada kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian, pihaknya tidak menjumpai apa-apa kesan termasuk kelonsong peluru.  

"Siasatan menyeluruh berhubung kejadian ini sedang dijalankan dan kita menyiasat dari setiap sudut termasuk personaliti, projek yang dijalankan dan sebagainya.

"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mempuyai musuh," katanya kepada pemberita di sini. 

Mangsa, 56, bersara sebagai guru Mei lepas, dan membuat kerja sambilan sebagai kontraktor binaan. 

Idris berkata pihaknya turut merampas dua telefon bimbit milik mangsa bagi membantu siasatan. 

Sementara itu, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirahmenunjukkan punca kematian adalah akibat ditembak dari jarak jauh.

Sebutir peluru ditemui menembusi kepala mangsa.

Tags / Kata Kunci: Tembak jarak jauh

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan