Maut Tunggang Vespa Kesayangan

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 9:05 AM

Marco Giovanni Battistotti bersama Vespa kesayangannya.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pemilik hotel warga Itali, Marco Giovanni Battistotti yang terkenal dengan minatnya yang suka menunggang Vespa di sekitar bandar terbunuh dalam kemalangan langgar lari berhampiran Plaza Tol Alor Gajah, Lebuhraya Utara-Selatan.

Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika dia menunggang skuter miliknya di sepanjang lebuh raya semasa hujan lebat pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.

Battistotti, 49, yang merupakan Presiden Skal Kawasan Asia (sebuah organisasi pelancongan antarabangsa profesional), sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas makan malam di sini.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MHA) Melaka, Abu Hassan Ismail berkata: "Dia adalah orang yang baik dan disukai dalam industri.

"Dia sentiasa ceria dan berjaya menguruskan pasukan dengan komunikasi yang baik, mempunyai kemahiran analitikal serta sangat komited dengan pekerjaannya."

Battistotti adalah pengurus besar Hatten Hotel di sini sebelum dia berpindah ke Pulau Pinang.

Pengerusi MHA Pulau Pinang, Khoo Boo Lim menyifatkan Battistotti sebagai 'pengusaha hotel yang hebat'.

Khoo berkata beliau pernah bekerja dengan Battistotti.

"Ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi kami," katanya.

Khoo berkata Battistotti memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan hotel di Pulau Pinang dengan idea-idea untuk pembangunan industri ketika menjadi pengerusi MHA selama dua penggal.

Tambah beliau Battistotti adalah seorang penggemar Vespa yang sering dilihat menunggang melalui jalan-jalan di pulau ini.

"Beliau meninggal dunia sebagai seorang pencinta Vespa yang sebenar, menunggang skuter kesayangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Vespa

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan