Pengawal Keselamatan Ditahan Jual Air Ketum Di Jinjang

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan ditahan  dalam serbuan di sebuah bangsal memproses daun dan air ketum di sebuah kebun bunga di Jalan Batu Muda, Jinjang dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, suspek yang berumur 28 tahun dan berasal dari Batu Kurau, Perak itu dipercayai menjual air ketum kepada pelanggan yang datang ke bangsal itu sejak seminggu lepas.

"Ketika serbuan di bangsal berkenaan, polis menemui 165 paket plastik air ketum yang dianggarkan seberat 165 kilogram (kg) serta tiga bungkusan plastik  yang mengandungi daun ketum kering seberat 20.6 kg.

"Turut dirampas ialah daun ketum basah di dalam sebuah periuk yang dipercayai untuk dimasak dengan anggaran berat 6.5 kg. Keseluruhan rampasan adalah bernilai RM1,650," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Munusamy berkata suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: air ketum , Jinjang

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan