Lelaki Ditahan Ketika Leka Rakam Video Bawah Skirt Wanita

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 10:28 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegiatan licik tidak bermoral seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang merakam bawah skirt seorang wanita di kompleks membeli belah Mid Valley, terbongkar apabila tindakannya disedari temanlelaki mangsa pada Sabtu. 

Aktiviti suspek membuat rakaman ketika mangsa menaiki eskalator dikesan berikutan penemuan beberapa rakaman video daripada telefon bimbit suspek yang dirampas polis. 

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian pukul 6.10 petang itu, mangsa yang merupakan seorang pelajar, sedang menaiki tangga eksalator ke tingkat dua kompleks membeli belah itu bersama teman lelakinya. 

"Teman lelakinya naik dahulu tangga eskalator kemudian mendapati suspek berada di belakang mangsa. Kemudian teman lelaki mangsa melihat suspek memegang telefon bimbit di celah kangkang mangsa.

"Bagaimanapun, suspek tidak menyedari tingkah lakunya diperhatikan teman lelaki mangsa sebelum dia disergah atas kesalahannya itu," katanya ketika dihubungi, di sini pada Ahad.

Sharul Othman berkata dua pengawal keselamatan di komplek beli belah itu bertindak menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Polis merampas sebuah telefon bimbit Samsung berwarna hitam yang mengandungi video mangsa yang dirakam suspek bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan direman sehingga Selasa depan.

Tags / Kata Kunci: Rakam video

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan