Lima Penguatkuasa Imigresen Miri Cedera Van Terbabas

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 10:23 PM

Kemalangan melibatkan van Jabatan Imigresen Miri dinaiki lima penguatkuasanya di Jalan Sarikei-Bintangor, 15km dari pekan Bintangor petang Ahad. Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

SIBU: Lima penguatkuasa Jabatan Imigresen Miri cedera apabila van mereka naiki terbabas di Jalan Sarikei-Bintangor, 15km dari pekan Bintangor lewat Ahad.

Van yang dipandu Nor Haffidz Zainudin Sharkawi, 33, dipercayai terbabas ke dalam parit sebelah kanan selekoh jalan tersebut berhampiran pejabat Lembaga Lada Malaysia dipercayai disebabkan permukaan jalan licin. 

Mangsa lain yang terlibat ialah Syahrony Perdus, 33, (penumpang hadapan), serta penumpang belakang Zulhazi Ruku, 29; Mazlan Abdul Salam, 29; dan Mohd Firdaus Abdul Kassim (yang belum diketahui usianya). 

Menurut sumber dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bintangor, semasa kejadian keadaan cuaca hujan lebat dan kemalangan itu menyebabkan kenderaan tersebut rosak teruk. 

Mereka dikatakan sedang dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu. 

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk rawatan.

Tags / Kata Kunci: pegawai imigresen terbabas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan