Anggota Geng Zul Ditahan, Kes Samun Selesai

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 7:15 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kumpulan samun yang dikenali sebagai 'Geng Zul' yang didalangi seorang individu berusia 24 tahun lumpuh apabila sembilan anggotanya diberkas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata mereka yang berusia antara 18 hingga 34 tahun ditahan dalam 'Ops Lejang' bermula 30 Julai hingga 4 Ogos lepas.   

"Dengan penahanan mereka, pihak polis telah menyelesaikan 12 kes jenayah membabitkan pecah rumah, curi kenderaan dan samun jalanan di sekitar Kota Setar dan Jitra," katanya.

Beliau berkata lima suspek termasuk ketua kumpulannya ditahan pada 30 Julai di Taman Wira Mergong sebelum menahan empat lagi suspek di sekitar sini dalam tempoh empat hari kemudian.

Adzaman berkata pihak polis menemui semula tiga buah kereta dan dua buah motosikal yang dilapor dicuri sebelum ini dan digunakan untuk menyamun.

Tags / Kata Kunci: Geng Zul , samun

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan