Dua Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Rumah Diselamatkan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tindakan pantas bomba dapat menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki, masing-masing berusia 14 dan 6 tahun yang terperangkap dalam sebuah rumah yang sedang marak terbakar di Seksyen 10 di sini Sabtu.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa Zariq Azraei Zainuddin, 14 dan adiknya Adam Narwas Zainuddin, 6, yang tidak mengalami kecederaan serius, berada di bahagian dapur rumah terbabit dan tidak dapat keluar kerana pintu itu berkunci.

Bapa mangsa, Zainuddin Abdul Wahab, 41, berkata ketika kejadian beliau dan isteri, Noorlaila Abdul Majid, 41, serta seorang lagi anak mereka dalam perjalanan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk berniaga sementara Zariq Azraei dan Adam Narwas tinggal dirumah.

"Saya difahamkan api mula merebak di bahagian depan rumah. Disebabkan api terlalu marak, kedua-dua anak saya cuba keluar melalui pintu dapur, namun pintu tersebut berkunci.

"Kunci itu saya letakkan di atas pintu, mungkin kedua-duanya panik dan gagal cari kunci terbabit," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Zainuddin berkata, beliau bersyukur kerana kedua-dua anaknya itu selamat berikutan tindakan pantas anggota penyelamat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harun berkata jentera pertama tiba di tempat kejadian 9.20 pagi selepas pihaknya dimaklumkan dua kanak-kanak terperangkap di bahagian dapur rumah terbabit.

Menurutnya, pihak bomba telah masuk ke dalam rumah dalam keadaan api sedang marak bagi menyelamatkan mangsa. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dalam masa kurang daripada 20 minit.

Kebakaran itu turut merebak ke dua rumah yang terletak bersebelahan, dengan kerosakan kira-kira 30 peratus.

"Seramai 23 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Bukit Jelutong terlibat dalam operasi dan dibantu oleh tiga anggota Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Kedua-dua kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: kebakaran

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan