Suami Isteri Ditikam Anak Angkat

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 7:06 PM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Sepasang suami isteri parah selepas ditikam dengan pisau pemotong sayur oleh anak angkat mereka di Taman Suria di sini pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu Lim Ah Ba, 60, ditikam pada belakang manakala isterinya Teh Sooi Looi, 60, ditikam pada perut.

Seorang saksi berkata, dia bersama anggota keluarganya melihat kedua-dua pasangan terbabit berlari keluar dari rumah mereka dengan keadaan berlumuran darah.

Beliau kemudiannya menghubungi polis dan ambulans. 

Seorang jiran mangsa Tan Kim Aik, 55, berkata anak angkat pasangan itu sebelum ini sering bertengkar dengan ibu bapa angkatnya.

"Pada pukul 10 malam tadi, anak pasangan itu telah bergaduh dengan ibu bapa angkatnya yang mengunci rumah bagi menghalang anak angkatnya itu memasuki rumah," katanya.

Suspek merupakan bapa tunggal kepada seorang anak lelaki berusia enam tahun yang turut dijaga ibu bapa angkatnya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata, kedua-dua mangsa dirawat di hospital sementara suspek telah ditahan. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan