Enam Pekerja Kilang Cedera Bas Rempuh Restoran - Berita Jenayah | mStar

Enam Pekerja Kilang Cedera Bas Rempuh Restoran

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Enam pekerja kilang cedera selepas bas kilang mereka terbabas dan merempuh sebuah restoran di Jalan Kulim susur ke Jalan Kampung Baru di sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, bas tersebut dari Machang Bubok menuju ke kilang di Perai telah melanggar belakang sebuah kereta sebelum terbabas dan merempuh restoran berkenaan.

"Bas yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun itu membawa kira-kira 30 pekerja asing," katanya.

Beliau berkata, restoran yang tidak dibuka hari ini mengalami kerosakan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan