ESSCom Keluarkan Senarai Nama Terbaharu Individu Dikehendaki

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengemaskini senarai nama individu yang dikehendaki kerana terlibat dengan jenayah rentas sempadan dan beberapa siri penculikan di negeri itu.

Nama-nama tersebut termasuk salah seorang adik beradik Muktadil, Nelson @ Nikson Braun @Brown, Badong, Bocoi @ Black dan Khadafi - serta Salip Sosong @ Mohammad Apsa Abdulla, Ali @ Brown dan Manajan @ Marajan.

Senarai itu dikeluarkan semasa mesyuarat dengan pengusaha perniagaan di pantai timur Semporna, malam Khamis.

Komander ESSCom, Datuk Abdul Rashid Harun menggesa sesiapa yang mengetahui lokasi individu tersebut supaya menghubungi Bilik Gerakan ESSCom di talian 089-863181 atau menghantar mesej WhatsApp ke 013-5559410 dengan segera.

Awal tahun lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman turut mengeluarkan senarai individu dikehendaki untuk membantu siasatan berkaitan insiden penculikan dan kegiatan jenayah lain.

Menurut polis, Nikson yang tinggal di Kg Bangau-Bangau dan dipercayai terlibat dengan penculikan pelancong China, Gao Huayun, 29, dan Marcy Darawan, 40, dari Filipina di Singgamata Resort pada 2 April tahun lalu.

Nikson dan adiknya Badong @ Adzmil Muktadir dipercayai mengarahkan lebih 40 lelaki untuk menculik bagi mendapatkan wang tebusan dan mereka mempunyai empat bot dilengkapi enjin sangkut dengan 40 dan 70 kuasa kuda.

Adik-beradiknya dipercayai terlibat dalam empat insiden penculikan dengan terbaharu membabitkan seorang polis marin yang ditembak mati dan penculikan anggota polis lain pada 12 Julai tahun lalu.

Sementara itu, pengusaha resort di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diingatkan supaya berhati-hati dan berwaspada terhadap sebarang ancaman terutamanya daripada penjenayah rentas sempadan.

Rashid berkata penjenayah rentas sempadan yang disyaki melakukan pelbagai kes penculikan di negara ini masih lagi aktif.




Tags / Kata Kunci: ESSCom , penculikan , Muktadil

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan