Maut Akibat Bergaduh Dengan Adik

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang abang meninggal dunia selepas dilapor bergaduh dengan adiknya di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat sini Khamis.

Mohd Yusoff Gizali, 35, yang cedera pada kepala meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Ibu mereka Mariam Bakar, 50, berkata anak-anaknya itu bertengkar di hadapan rumah sebelum si adik yang berusia 24 tahun membaling benda keras ke arah abangnya.

"Saya sebelum itu meminta mereka agar tidak bergaduh, tapi kemudiannya saya dapati anak sulung saya itu terbaring dengan kepalanya berdarah.

"Adiknya tidak henti-henti minta maaf kerana telah mencederakan abangnya," katanya.

Mariam berkata jenazah anak sulungnya itu yang yang bekerja sebagai pencari akar kayu dan telah berkahwin serta mempunyai tiga orang anak, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lada.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata pihaknya sedang memburu adik mangsa yang melarikan diri selepas turut menghantar abangnya ke  hospital.

Tags / Kata Kunci: maut , bergaduh , adik-beradik

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan