Gagal Kawal Kereta, Pemandu Maut Kemalangan

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Km45 Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat Kluang, Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata kejadian 8.20 malam itu menyebabkan mangsa, Md Azlan Panjol, 40, yang memandu kereta Proton Iswara meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada serta kaki.

"Dipercayai Md Azlan yang datang dari arah Kluang menuju Batu Pahat gagal  mengawal keretanya lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta jenis Mitsubishi Triton dari arah Batu Pahat ke Kluang," katanya menerusi kenyataan.

Mohamad berkata kejadian turut menyebabkan pemandu Mitsubishi Triton itu, Mohd Johan Md Jurimi, 38, cedera parah.

Tags / Kata Kunci: Kluang , Johor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan