Enam Anggota Polis Pahang Hadapi Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Enam anggota polis dari Balai Polis Muadzam Shah, Rompin pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan berkaitan rasuah bernilai RM8,000 semasa mereka terlibat dalam operasi menahan lori tahun lalu.

Koperal Mazlan Muhd Nor, 34; Konstabel Mohamad Firdaus Abdullah, 24; Koperal Mohd Juhairy Jamaludin, 31; Lans Koperal Mohd Azmie Majid@Majied, 29; Lans Koperal Mohd Hazly Tomiran, 29; dan Konstabel Mohd Hafizi Abdullah, 28 menghadapi dua pertuduhan setiap seorang.

Mazlan didakwa menerima rasuah wang tunai RM7,000 dari peniaga Abdul Wahab Makhtar antara pukul 2 hingga 4 pagi, 18 Dis 2014 di Kedai Makan Sri Muadzam Ikan Bakar, Rompin.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan RM1,000 bagi dirinya dari orang yang sama pada pukul 7.55 malam, 22 Dis di Restoran Anjung D'cafe, Rompin.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lori yang dipandu anak mangsa, Mohd Shafiq Abdul Wahab yang dikatakan tidak mempunyai permit dan lesen untuk membawa kayu getah.

Mohd Azmie, Mohamad Firdaus, Mohd Juhairy, Mohd Hazly dan Mohd Hafizi pula didakwa bersubahat dengan Mazlan menerima suapan RM7,000 di tempat dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan kedua Mohd Azmie, Mohamad Firdaus dan Mohd Juhairy pula didakwa menerima suapan RM1,000 bagi diri sendiri di restoran D'cafe pada masa dan sama seperti Mazlan.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Hazly dan Mohd Hafizi pula menghadapi tuduhan kedua kerana didakwa gagal melaporkan kesalahan rasuah kepada SPRM atau pihak polis, yang didakwa berlaku di restoran Sri Muadzam Ikan Bakar pada masa dan hari yang sama Mazlan dituduh menerima suapan itu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 25 (3) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin manakala semua tertuduh yang ditahan 25 Dis tahun lalu tidak diwakili peguam.

Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh, selepas mengambil kira jumlah itu adalah wajar untuk dua pertuduhan.

Beliau juga membenarkan permohonan Syafinas supaya semua tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan, khususnya mangsa dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Sept depan.

Tags / Kata Kunci: Polis , Rasuah , SPRM

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan