Abu Sayyaf Tuntut RM30 Juta Syarat Bebaskan Mangsa Culik Di Sandakan

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 7:00 PM

Lokasi dua rakyat Malaysia diculik di sebuah restoran makanan laut di Sandakan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina menuntut RM30 juta bagi pembebasan dua rakyat Malaysia yang diculik dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada 14 Mei lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata rundingan masih diteruskan dengan penculik untuk mengurangkan wang tebusan yang diminta.

Pada mulanya, mereka meminta wang tebusan sebanyak RM60 juta bagi pembebasan dua mangsa culik itu.

"Mereka mengurangkan jumlah wang tebusan sebanyak 50 peratus iaitu RM60 juta kepada RM30 juta tetapi keluarga mangsa tidak mampu memenuhi permintaan itu," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Polis Sabah di sini Rabu.

Turut hadir Yang DiPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Rabu.

Beliau berkata pihaknya yang berunding merayu kepada penculik untuk lebih bertimbang rasa kerana jumlah wang tebusan itu terlalu tinggi.

Katanya, jumlah pengurangan itu dituntut selepas beberapa siri rundingan dengan penculik.

Jalaluddin bagaimapun berkata polis masih mengekalkan polisi 'tidak membayar wang tebusan' dan berusaha untuk menyelamatkan pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 49, dan pelancong dari Sarawak, Bernard Then, 39, menerusi rundingan susulan.

Beliau berkata, kedua-dua tebusan yang diculik kumpulan penceroboh itu berada dalam keadaan selamat dan berdasarkan panggilan telefon kepada keluarga, mangsa dipercayai berada di pedalaman selatan Filipina, bersempadan dengan Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Filipina turut bekerjasama membantu Malaysia untuk membantu serta mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kes penculikan itu.

"Kita minta kerjasama pihak Filipina untuk kenal pasti kumpulan penculik ini dan menyerahkan (mangsa culik) secara profesional," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: culik , Sandakan , Abu Sayyaf

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan