Polis Tidak Terima Permohonan Penganjur Perhimpunan 808

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 11:52 PM

Zainol Samah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang permohonan daripada penganjur 'Perhimpunan 808' yang akan diadakan Sabtu ini oleh sekumpulan aktivis media yang membantah penggantungan akhbar The Edge.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, penganjur sepatutnya mengikut peraturan yang ditetapkan bagi penganjuran sesebuah perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

"Sehingga kini polis masih belum menerima apa-apa notis daripada penganjur perhimpunan itu.

"Bagaimanapun, polis akan berusaha mencari penganjur dan menghubungi mereka untuk datang berbincang dan memberi taklimat berkenaan perhimpunan apa yang bakal diadakan pada Sabtu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran pegawai wanita peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, Rabu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.

Zainol berkata sekiranya penganjur tetap berdegil dan mengadakan perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil kerana melanggar APA.

Permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung selama tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai lepas.

Tindakan itu dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan kedua-dua akhbar itu memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan Gabungan Kebebasan Media (CPF) mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan di sekitar ibu kota pada Sabtu ini.

Perhimpunan itu sebagai tanda sokongan kepada The Edge sambil memberi tekanan dan membantah tindakan KDN yang menggantung permit akhbar itu. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: The Edge , Perhimpunan 808 , Zainol Samah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan