Pelajar Maut Terjatuh Dari Bangunan Tujuh Tingkat

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Seorang pelajar berusia 21 tahun maut selepas terjatuh dari bangunan setinggi tujuh tingkat di sebuah universiti swasta di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya yang baru, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 12.45 tengah hari Rabu.

"Pasukan polis bantuan di kampus tersebut berkata mayat pelajar itu ditemui di bahagian bawah salah sebuah blok di perkarangan universiti terbabit.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya.

Yahaya berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai warga Malaysia.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: maut , terjatuh , universiti swasta

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan