Jeyakumar, Pemimpin PSM Ditahan Berhubung Protes Tanah Di Ipoh

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 6:13 PM

Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan petani ditahan selepas ingkar arahan polis untuk bersurai.

Antara pemimpin PSM lain yang ditahan di luar perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini adalah Setiausaha Agung parti itu, S.Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, M.Saras dan Penyelaras Parti, K.Kunasekaran.

Lebih 200 petani di bawah "Gabungan selamatkan petani dan penternak Perak" berhimpun di luar perkarangan bangunan tersebut kira-kira pukul 10 pagi Rabu untuk bertemu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menyelesaikan isu tanah yang tertangguh.

Mereka duduk di tepi jalan bersama dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan sambil memegang plakad.

Kira-kira 2 petang, seorang anggota dari Unit pasukan Light Strike Force (LSF) terpaksa campur tangan apabila beberapa petani cuba merempuh masuk ke dalam bangunan untuk bertemu Dr Zambry.

Seorang wakil dari pejabat Dr Zambry kemudiannya memberitahu penunjuk perasaan bahawa beliau tidak dapat bertemu mereka.

Pegawai tersebut memberitahu tarikh mesyuarat akan diketahui pada 10 Ogos ini.

Polis kemudiannya memberi tempoh selama tiga minit kepada mereka yang berhimpun di luar bangunan tersebut untuk bersurai.

Jeyakumar dan beberapa penunjuk perasaan ditahan kerana mereka ingkar arahan tersebut.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan