PPM Gagalkan Cubaan Seludup 77 Burung Murai Batu, 255 Kura-Kura

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 11:45 PM

Burung Murai Batu antara yang diselamatkan PPM daripada cubaan diseludup.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 77 ekor burung murai batu dan 255 ekor kura-kura di perairan Teluk Ramunia, Sungai Rengit, dekat Kota Tinggi, Selasa.

Komandernya Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki rakyat Indonesia berumur 41 dan 56 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan haiwan eksotik terbabit.

"Terdahulu, kegiatan terbabit terbongkar apabila bot ronda PPM mengesan sebuah bot dari daratan (pantai) menghala ke tengah laut ketika sedang melakukan rondaan di perairan itu kira-kira 6 petang, semalam," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Khon Chiang berkata, bot ronda PPM mengejar bot tersebut, namun, bot itu bertindak berpatah balik ke pantai lalu tekongnya melarikan diri ke hutan berhampiran.

Beliau berkata, bot ronda PPM kemudian memeriksa bot tersebut lalu menemui tiga bakul plastik berisi 77 ekor burung murai batu dan 15 bakul plastik dengan dua uncang kain berisi 255 ekor kura-kura.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pasukan PPM yang membuat operasi di daratan pula menyerbu kawasan hutan di tepi pantai tersebut dan kemudian berjaya menahan kedua-dua lelaki terbabit, kira-kira setengah jam kemudian.

Katanya bot, enjin berserta haiwan yang dirampas itu dianggar bernilai RM94,000.

Kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Bandar Penawar, Kota Tinggi, bagi siasatan lanjut. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: burung murai batu , kura-kura , PPM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan