Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah, Senjata Api & Tahan 17 Individu

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 3:00 PM

Mohd Mokhtar (dua kiri) dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan (dua kanan) melihat barangan rampasan pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di George Town, Selasa.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan senjata api antarabangsa membabitkan tiga negara apabila menahan 17 individu, termasuk lima rakyat asing dalam serbuan di lapan lokasi di Pulau Pinang dan Johor.

Turut dirampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.8 juta, wang tunai dalam pelbagai bentuk mata wang bernilai RM42,000 dan senjata api, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Beliau berkata, operasi pada pukul 10.15 malam Khamis lepas dan 3.30 pagi pada Jumaat itu adalah hasil hasil risikan dan intipan JSJN Bukit Aman dengan kerjasama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

"Pasukan itu menyerbu empat lokasi di Pulau Pinang, iaitu sebuah rumah di Teluk Air Tawar, Butterworth dan tiga lagi rumah di bahagian pulau iaitu di Air Itam, Paya Terubong dan Batu Uban.

"Dalam serbuan itu, kami menahan 10 individu termasuk seorang wanita Vietnam dan lelaki rakyat Thailand berusia 27 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Mohd Mokhtar berkata, susulan serbuan di Pulau Pinang, polis menyerbu empat lokasi di Johor iaitu dua di Johor Baharu dan masing-masing satu di Nusajaya dan Simpang Renggam serta menahan tujuh lelaki termasuk tiga rakyat Singapura.

Beliau berkata, senjata api yang dirampas dalam operasi itu ialah enam pistol, senapang HK 33 dan 331 peluru pelbagai jenis manakala dadah yang dirampas ialah 9.2 kilogram (kg) heroin; asas heroin (8.5kg); syabu (6.4kg); pil yaba (120 gram); ketamin (105 gram); ganja (17 gram); 33,200 biji pil eramin 5; dan 4,000 biji ecstasy.

Polis turut menyita tujuh kenderaan pelbagai jenis dan pelbagai barangan kemas bernilai RM600,000, katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang beroperasi sejak beberapa bulan lepas itu membawa masuk dadah dan senjata api ke negara ini sebelum dijual kepada pembeli tempatan.

"Operasi itu juga adalah hasil kerjasama dengan Polis Narkotik Thailand dalam memastikan aktivti penyeludupan dan pengedaran dadah dapat dibanteras," katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berusia antara 27 dan 64 tahun itu, kini direman sehingga 6 Ogos.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: STING , JSJN , dadah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan