Polis Tahan Wanita Indonesia Bantu Kes Dera Dua Anak Tiri

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 3:51 PM

Mior Faridalatrash Wahid

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang wanita Indonesia ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan lapan tahun di Pangsapuri Jelutong Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, wanita berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Jelutong semalam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada ibu saudara kanak-kanak berkenaan.

"Ibu saudara mangsa berusia 33 tahun dipanggil ke sekolah kanak-kanak itu semalam selepas guru di situ mendapati ada tanda lebam di muka mereka.

"Mangsa dan adiknya memberitahu mereka dipukul ibu tiri mereka menyebabkan ibu saudara kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata pemeriksaan di badan mangsa berusia lapan tahun itu mendapati ada lebam di tepi mata kanan dan kesan luka di kepala serta calar di tangan kanan manakala adiknya mempunyai parut lama di bekalang kepala.

Mior Faridalatrash berkata, berdasarkan keterangan dua kanak-kanak itu, mereka memberitahu sering dipukul ibu tiri mereka.

"Terbaru kanak-kanak berusia lapan itu mendakwa dipukul menggunakan lesung batu kerana menghilangkan wang yang diberi wanita berkenaan untuk membeli barang pada Jumaat lepas," katanya.

Kedua-dua beradik itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau berkata wanita Indonesia itu kini direman sehingga 7 Ogos bagi membantu siasatan.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan