Polis Buru Banduan Larikan Diri Ketika Dapatkan Rawatan Di Hospital Selayang

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 7:20 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Selayang, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad ketika dihubungi Bernama, mengesahkan suspek berkenaan yang dikenali Kalaivanan Muniandy, 33, melarikan diri dari kawalan warden penjara, kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

"Suspek dipercayai mendapatkan rawatan kerana sakit perut. Ketika kejadian, dua warden yang ditugaskan mengawalnya berada di luar bilik dan tidak menyedari suspek telah melarikan diri.

"Setakat ini, kita belum terima laporan polis dari pihak penjara cuma pihak hospital sahaja yang sudah membuat laporan mengenai pesakit yang melarikan diri," katanya.

Suspek sedang menjalani hukuman penjara setahun di Penjara Kajang atas kesalahan mencuri kenderaan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Tags / Kata Kunci: ACP Ali Ahmad , banduan bolos

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan