Dua Lelaki Ditembak Mati Selepas Samun Wanita

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 7:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua penjenayah ditembak mati ketika cuba menyerang anggota polis selepas dipercayai menyamun seorang wanita di Taman Puchong Prima, Puchong, pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa baru selesai mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran dengan tempat kejadian.

"Setelah mangsa masuk ke dalam keretanya, sebuah kereta jenis Honda berwarna biru menghalang kereta mangsa secara tiba-tiba, sebelum mangsa diserang dua suspek lelaki bersenjatakan parang yang memecahkan cermin kereta mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.

Berikutan itu, seorang daripada suspek telah mencederakan lengan mangsa di sebelah kiri menggunakan parang sebelum suspek merentap beg tangan mangsa dan melarikan diri.

Tindakan pantas polis yang mengejar kereta suspek telah menghalang suspek daripada melarikan diri kira-kira 1.5 km dari tempat kejadian,yang kemudiannya cuba menyerang polis menggunakan sebilah parang.

"Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan terhadap suspek bagi tujuan melindungi diri... kedua-dua suspek rebah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mohd Adnan berkata hasil siasatan polis mendapati kereta yang digunakan suspek telah disamun di Kelana Jaya, Ahad lepas.

"Turut dijumpai di dalam kereta suspek ialah tiga bilah parang, tiga keping nombor plat pendaftaran kenderaan dan sebuah beg tangan dipercayai milik mangsa.

"Setakat ini, polis telah merekodkan sembilan kes samun di sekitar Selangor sejak empat bulan lepas melibatkan kumpulan ini, meliputi kawasan antaranya Sungai Buloh, Batu 9 Cheras, Dengkil, Puchong, Seri Kembangan, Kampung Baru Subang, Taman Melawati dan Bukit Puchong," katanya.

Mohd Adnan berkata mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala mangsa menerima rawatan di hospital yang sama.
Tags / Kata Kunci: samun

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan