Kanak-Kanak Perempuan Dipercayai Mangsa Dera Nenek Tiri

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 12:15 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SETIU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengalami beberapa kecederaan pada bahagian badan, muka termasuk bengkak mata kiri dipercayai didera oleh nenek tirinya.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak itu disedari seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu ketika merawat mangsa kira-kira pukul 2 pagi Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Idris Mohamed berkata mangsa dikatakan datang ke hospital berkenaan bersama bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan selepas dikatakan terjatuh ketika bermain.

Katanya hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat banyak kesan lebam dan luka lama serta baru di tubuh mangsa termasuk lebam dan bengkak mata kiri.

"Kanak-kanak terbabit dihantar oleh bapa saudaranya dan dia mendakwa diminta oleh datuk yang juga penjaga mangsa menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital.

"Lelaki terbabit mengesyaki kanak-kanak terbabit didera berdasarkan kecederaan dialami pada tubuh badannya sebelum membawa ke hospital," katanya.

Idris berkata menurut bapa saudara mangsa itu, datuk kepada kanak-kanak malang itu dikatakan bertindak memintanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital kerana tidak tahan melihat cucunya didera oleh nenek tirinya.

"Mangsa kini masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil dan kita masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Tags / Kata Kunci: dera , nenek tiri

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan