Kilang Alat Ganti Kenderaan Terbakar Di Melaka

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 4:50 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Sebuah kilang komponen alat ganti kenderaan yang membekal alat ganti kepada sebuah jenama kenderaan import terkemuka terbakar di Kawasan Perindustrian Pegoh di sini tengah malam Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Razali Sabar berkata  kebakaran berpunca dari bahagian tengah kilang yang menyimpan alat ganti kenderaan.

"Punca kejadian dan nilai sebenar kerugian masih dalam siasatan. Siasatan awal mendapati 70 peratus daripada kawasan kilang musnah akibat kebakaran itu," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.15 tengah malam dan bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, Ahmad Adli Abd Rahman berkata seramai 27 anggota bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu.

"Ketika tiba di lokasi pada 12.05 (tengah malam), api sedang marak sehingga menyebabkan runtuhan bumbung di tengah bangunan, namun tindakan pantas unit keselamatan kilang terbabit berjaya menyelamatkan 144 kakitangan yang sedang bekerja," katanya.

Beliau berkata api dapat dikawal pada pukul 1.45 pagi dan tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Tags / Kata Kunci: kilang alat ganti , terbakar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan