Dua Inspektor Polis Ditahan SPRM

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun pada Selasa mengesahkan dua inspektornya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan RM3,500 daripada orang awam.

Beliau berkata SPRM menghubunginya lewat petang semalam bagi memaklumkan penahanan pegawai terbabit.

"Kedua-duanya ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan bagi kes yang sedang disiasat mereka.

"Saya akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan," katanya kepada media di sini.

Kedua-dua inspektor itu yang masing-masing berusia 26 dan 28 tahun, ditahan SPRM di Terminal 1, di sini kira-kira pukul 6.10 petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Tags / Kata Kunci: SPRM , inspektor polis

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan