Bot Karam Di Perairan Kemaman Ditunda Ke Jeti LKIM

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 4:56 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Bot yang dilaporkan hilang di perairan Kemaman sebulan lalu dan ditemui karam kira-kira sembilan batu nautika dari Kuala Kemaman, berjaya diapungkan dan ditunda ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kemanan di sini.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kemaman Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata kerja-kerja pengapungan bot itu dilakukan oleh pemilik bot dengan kerjasama syarikat perkapalan swasta pada Isnin.

"Kerja-kerja menunda telah bermula pada pukul 10 pagi Isnin dan bot berkenaan telah ditarik masuk ke Kuala Kemaman dan operasi itu selesai kira-kira pukul 3 petang Isnin," katanya.

Menurutnya, bot itu dijumpai oleh sekumpulan nelayan tempatan pada 28 Julai lalu setelah pukat mereka tersangkut pada tali sauh bot tersebut.

Katanya sebaik menerima laporan daripada nelayan tempatan, seramai lima penyelam dari pasukan polis marin terus melakukan selaman dan berjaya mengesan bot tersebut dalam tempoh setengah jam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal ke atas bot tersebut, pasukan penyelam mendapati tiada kesan bot dilanggar namun siasatan lanjut masih dijalankan dengan bantuan polis forensik.

Dalam kejadian 21 Jun lalu empat nelayan yang mempunyai pertalian keluarga dilaporkan hilang selepas keluar untuk menangkap ikan di perairan Kemaman kira-kira pukul 6 pagi.

Kesemua mangsa yang berasal dari Kemaman dikenali sebagai Azuari Muda@Abu Bakar, 41, Mohd Zawawi Seman, 36, Mohd Nasri Ab Wahab, 29, dan Ab Wahab Tekak, 57.

Bagaimanapun, mayat Mohd Zawawi berjaya ditemui terapung kira-kira 17 batu nautika dari perairan Pulau Kapas pada 4 Julai.

Tags / Kata Kunci: bot karam , jeti LKIM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan