Polis Kenal Pasti Dua Suspek Samun Kedai Guna Batang Tebu, Kayu

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 10:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Polis Daerah Ledang telah mengenal pasti dua daripada empat suspek dalam kejadian kes samun di sebuah kedai runcit di Sagil di sini dengan menggunakan batang tebu dan kayu pada 15 Julai lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Zainal Mohamad Mohamed berkata identiti dua suspek diperoleh menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai berkenaan.

"Dua individu itu dikenali sebagai Ageelan Jacob, 18, dengan alamat terakhirnya di Taman Mutiara Kulaijaya, Johor Baharu, manakala seorang lagi S.Yogeswaran, 21, beralamat di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Baru.

"Kedua-dua mereka ini mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah seperti samun, pecah rumah dan curi sejak tahun 2013," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di sini, Isnin.

Beliau berkata dua lagi suspek masih belum dikenal pasti.

Pada 21 Julai lepas, sebuah video berdurasi 1 minit 39 saat yang merakamkan perbuatan suspek memukul pemilik kedai berusia lingkungan 60-an tersebar di internet dan menjadi viral dalam laman sosial.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, empat suspek berkenaan melarikan diri  pelbagai kad tambah nilai prabayar berjumlah RM1,000, wang tunai dan beberapa botol minuman keras yang dijual di kedai berkenaan.

Zainal Mohamad berkata pihaknya sedang giat memburu suspek dan gambar mereka kini turut diedarkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Ledang di talian 06-9785222.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu pihaknya menganggap lapan kejadian membabitkan penipuan wang kertas palsu RM50 dan RM100 yang berlaku di daerah ini telah selesai selepas dua suspek terbabit berjaya diberkas di Temerloh, Pahang, Sabtu lepas.

Tags / Kata Kunci: samun , batang tebu , kayu , Sagil

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan