Lapan Peserta Perhimpunan #TangkapNajib Dibebaskan

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai lapan individu yang ditahan pada perhimpunan #TangkapNajib termasuk seorang ahli Perlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibebaskan pada Ahad.

Peguam, Gobind Singh Deo berkata, lapan individu yang dibebaskan terdiri daripada Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa, Adun Teja Chang Lih Kang, (Simpang Pulai) Tan Kar Hing dan Annie Ooi.

Turut dibebaskan ialah seorang gadis berusia 14 tahun yang ditahan bersama ibunya di hadapan kompleks membeli-belah Sogo pada Sabtu.

Kesemua peserta perhimpunan itu yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki, enam wanita termasuk seorang gadis.

Gobind memberitahu, Mahkamah Majistret telah menolak permohonan polis untuk menahan reman lapan individu berkenaan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram.

Menurutnya, 21 individu lagi akan ditahan sehingga Isnin manakala seorang yang berusia 20 dilanjutkan hingga Selasa kerana direman mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki bahan letupan.

Jelasnya, Hishamuddin Rais dan Fahmi Zainol telah dibebaskan pada Ahad, selepas Mahkamah Majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman mereka mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Peguam, Sivamalar Genapathy berkata polis tidak mempunyai alasan untuk menahan kedua-dua aktivis tersebut kerana mereka bukan sebahagian daripada individu yang terlibat dengan sidang akhbar yang diadakan oleh kumpulan Demi Malaysia.

Sivamalar berkata, aktivis seperti Safwan Anang dan pelajar undang-undang, Vince Tan akan dibebaskan pada Isnin kerana direman selama dua hari.

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Eric Paulsen turut hadir.

Tags / Kata Kunci: #TangkapNajib

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan