Budak 7 Bulan Lemas Dalam Baldi

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 10:40 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan lemas selepas terjatuh dalam baldi di bilik air rumahnya di Flat MPP Jalan Sungai Dua, Sungai Nibong di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, kanak-kanak berkenaan Jefril Mohd Amnan Mohd Jaki dibawa ke bilik air untuk dimandikan oleh ibunya sebelum wanita berkenaan meninggalkan mangsa bersama kakaknya berusia lima tahun dalam bilik air itu berikutan mahu mengambil tuala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata semasa wanita berusia 33 tahun itu mencari tuala, beliau sempat memberitahu anak perempuannya supaya tolong tengokkan adiknya.

Beliau berkata wanita itu yang merupakan pekerja kilang, tidak mengesyaki apa-apa sehingga kembali semula ke bilik air dan mendapati anak lelakinya telah terjatuh ke dalam baldi yang berisi air, dalam keadaan tertonggeng iaitu sebahagian badan berada dalam baldi dan kaki di luar.

Mior Faridalatrash berkata wanita itu terus mengangkat anaknya dan mendapati muka kanak-kanak itu telah biru tetapi tangan masih bergerak dan dia terus memanggil suaminya yang sedang tidur dalam bilik sebelum mereka membawa ke klinik berhampiran.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak lelaki itu maut disebabkan lemas dan doktor tidak menemui sebarang kecederaan dalaman atau luaran.

Tags / Kata Kunci: Lemas , Baldi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan