Budak 5 Tahun Lemas Di Air Terjun

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 10:02 PM

(Ubah saiz teks)

SERENDAH: Seorang budak lelaki berusia lima tahun ditemui mati lemas ketika mandi bersama keluarganya di Air Terjun Serendah pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supritendan R Supramaniam berkata, mangsa Ahmad Fahmi Kadir tiba di air terjun berkenaan bersama keluarganya pada pukul 2.30 petang hari kejadian.

Jelasnya, mangsa dikatakan telah berenang di air terjun berkenaan bersama sepupu sambil diawasi bapanya sebelum disedari hilang pada pukul 3.30 petang.

Katanya, bapa kanak-kanak itu cuba mencari mangsa dengan bantuan orang lain di situ sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Subramaniam memberitahu, ketika ditemui, mangsa tidak lagi bernyawa dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: Lemas , Air Terjun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan