Keluarga Terkejut Terima Panggilan Tiga Beranak Maut

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 11:30 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Keluarga kepada seorang wanita dan dua anaknya yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM44.3 Jalan Baru Baling, Kedah terkejut sebaik menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan.

Anak kepada wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mi, 30-an, berkata beliau terkejut sebaik menerima panggilan telefon daripada seorang saudaranya yang memaklumkan kejadian kemalangan melibatkan tiga anggota keluarganya itu.

"Emak, abang dan adik saya serta tunang abang keluar dari rumah selepas Maghrib semalam dan kami mendapat panggilan telefon dari sepupu pada pukul 12 malam yang memaklumkan dia ternampak kereta abang sulung saya tersadai di tepi jalan.

"Dia memberitahu mereka terlibat dalam kemalangan dan semua mangsa telah dibawa ke Hospital Baling," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, di sini, Ahad.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, Rubiah Abu Hassan, 59; dan dua anaknya Mohamad Tanizi Hamid, 36; dan Nur Shafiqah Hamid, 19; meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketiga-tiga mereka menaiki kereta Proton Wira bersama tunang Mohamad Tanizi, Zubaidah Ahmad, 36, yang cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Mi berkata sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan, beliau dan adik beradik yang lain terus ke hospital dan di situ mereka dimaklumkan ibu, abang dan tunang abangnya meninggal dunia manakala adiknya Nur Shafiqah cedera parah.

Katanya ketika di hospital berkenaan dia hanya menumpukan pemerhatian kepada Nur Syafikah namun tidak menyangka mangsa yang dilihatnya dalam keadaan rupa paras bengkak rupanya bakal kakak iparnya iaitu Zubaidah.

"Kami hanya mendapat tahu yang Nur Syafikah turut meninggal dunia dalam kejadian itu selepas keluarga Zubaidah hadir membuat pengecaman.

"Itupun selepas jenazah ibu dan abang selamat tiba di kediaman kami pada pukul 12 tengah hari tadi," katanya.

Katanya beliau reda dengan pemergian tiga insan paling rapat dengannya secara serentak tetapi agak kecewa apabila berlaku pertukaran identiti antara adiknya dengan Zubaidah.

Jenazah Rubiah dan Muhamad Tanazi dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 3 petang manakala Nur Syafikah selamat dikebumikan pada pukul 8 malam di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tok Lebai Hashim, Bukit Mertajam. 

Tags / Kata Kunci: Baling , Maut

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan