1MDB: Timbalan Pendakwa Raya Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 8:05 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang Timbalan Pendakwa Raya ditahan berhubung siasatan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber pasukan petugas khas berkata bahawa individu berkenaan berkhidmat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi dipinjamkan ke Jabatan Peguam Negara untuk 'beberapa tahun'.

Dia ditahan di rumahnya pada Sabtu.

Kata sumber itu lagi, suspek berkenaan terlibat dalam siasatan bagi kes-kes rasuah dan juga pernah mendakwa beberapa individu yang berkaitan dengan siasatan termasuk pengarah urusan berusia 48 tahun dari sebuah syarikat berkaitan 1MDB.

Polis bagaimanapun menolak untuk mengesahkan atau menafikan mengenai penangkapan terbaru itu.

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan