29 Ditahan Sertai Perhimpunan Haram Di KL

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 8:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 29 individu termasuk enam wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram, yang dianjurkan beberapa kumpulan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, kesemua individu terbabit yang ditahan berumur dalam lingkungan 14 hingga 69 tahun.

"Mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, iaitu sesiapa yang menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, hukumannya boleh dipenjara selama tempoh sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya.

"Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata kesemua individu ditahan itu akan dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan polis.

Perhimpunan haram itu, yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, gagal mendapat sambutan setelah ia hanya dihadiri kurang 100 orang peserta berbaju hitam.

Tags / Kata Kunci: Perhimpunan Haram , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan