Ditahan Bawa Wang Palsu Ke Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 5:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki yang mahu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Temerloh berkaitan kesnya yang menghadapi  tuduhan menggunakan wang palsu ditahan kerana turut membawa sejumlah wang palsu ke mahkamah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang, Superintendan Azizan Md Isa berkata, lelaki berusia 35 tahun itu membawa 24 keping wang kertas palsu bernilai RM100 dan ditahan di perkarangan mahkamah, Khamis.

"Ciri wang terbabit adalah jelas palsu kerana mempunyai nombor siri yang sama, kualiti kertas yang biasa, warna yang pudar selain gambar Yang di-Pertuan Agong yang kurang jelas," katanya.

Suspek ditahan reman sehingga 3 Ogos manakala tiga lagi rakannya yang berusia 20 hingga 30 tahun yang datang bersamanya turut ditahan.

Beliau berkata tiga daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau sementara lelaki berkenaan mempunyai 15 rekod berhubung ugutan jenayah, penipuan, samun, tipu dan menggunakan wang palsu.

Azizan berkata, pihak polis masih menyiasat sumber wang palsu tersebut sama ada dicetak sendiri oleh suspek atau diperoleh dari sumber lain.

Beliau berkata kes berkaitan wang palsu di negeri ini meningkat kepada 99 kes dari Januari hingga Julai, berbanding 59 kes untuk tempoh yang sama tahun lepas.

"Setakat ini tahun ini, seramai 10 orang ditangkap kerana terbabit dengan wang palsu dengan jumlah wang yang dirampas bernilai RM12,900 berbanding hanya lapan orang ditangkap tahun lepas dan membabitkan RM9,700," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Temerloh , Azizah Md Isa , wang palsu , mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan